Monday, April 28, 2008

Kursus Assetbase 2007

Foto Kenangan rakan-rakan guru-guru Prinsip Perakaunan berkursus 2007 yang lalu


BUKIT KELUANG BEACH RESORT
2 JULAI – 5 JULAI 2007















Wednesday, April 23, 2008

Kursus Prinsip Perakaunan

Kursus Pembinaan dan Pemantapan Modul Prinsip Perakaunan JPN Kelantan

Kursus tersebut akan diadakan sepertimana berikut:-

Tarikh : 29 - 30 April 2008
Masa : 8.00 - 4.30
Tempat : BTPN Kelantan, Pengkalan Chepa
Peserta : 90 orang guru

Surat panggilan kursus telah pun di edarkan, sila ambil perhatian kepada semua guru yang terlibat, dikehendaki hadir dan membawa bersama perkara berikut:

  • Buku Teks atau bahan rujukan
  • Komputer riba
  • Contoh soalan dan skema jawapan

Tujuan Kursus : Membina modul Prinsip Perakaunan untuk kegunaan dan rujukan semua
pelajar

Mukadimah

Sedari dulu lagi saya bercita-cita untuk mewujudkan satu portal bagi mata pelajaran Prinsip Perakaunan . Dengan adanya Blog ini di harapkan dapat menjadikan satu sumber atau wadah untuk guru-guru serta pelajar berkongsi idea dan maklumat ke arah meningkatkan kecemerlangan mata pelajaran Prinsip Perakaunan.
Di zaman IT yang serba pantas ini, semua pihak inginkan sesuatu maklumat dan bahan rujukan secara terus dan online, sehinggakan penghantaran surat dan buku-buku modul dan sebagainya dianggap lambat dan tidak bersesuaian lagi.
Melalui blog ini segala informasi dapat disebarkan terus dan boleh di capai oleh semua pihak dimana juga, bahan-bahan rujukkan dapat di muat turun dan terus boleh digunakan tanpa memerlukan proses pengagihan yang panjang seperti mana biasa.
Diharapkan semua, pihak akan memberi sokongan kepada blog ini dengan memberi sumbangan bahan-bahan dan maklumat yang boleh dikongsi bersama.
by : Blog master