Tuesday, August 11, 2009

120 ORANG GURU PERAKAUNAN BERKURSUS DI TERENGGANU




SEKITAR KURSUS ORIENTASI KURIKULUM SEMAK SEMULA PRINSIP PERAKAUNAN NEGERI KELANTAN

YT MIDTOWN KUALA TERENGGANU
11-13 OGOS 2009

Thursday, August 6, 2009

KURSUS ORIENTASI KURIKULUM SEMAK SEMULA PRINSIP PERAKAUNAN PERINGKAT NEGERI KELANTAN

Kepada semua guru-guru Prinsip Perakaunan Sekolah-sekolah Menangah Seluruh JPN Kelantan, dimaklumkan satu KURSUS ORIENTASI KURIKULUM SEMAK SEMULA PRINSIP PERAKAUNAN akan diadakan seperti mana berikut:

Tarikh : 11-13 Ogos 2009
Tempat : YT MidTown Hotel, Kuala Terengganu,,

Surat Panggilan Kursus telah pun difaxkan/diedarkan kepada semua sekolah, pastikan semua dapat hadir .

Kursus ini adalah amat penting bagi menerangkan tentang perubahan sukatan pelajaran untuk diguna pakai mulai tingkatan 4, 2010

Sebarang Pertanyaan sila Hubungi Pn Hjh Rani Abd Mutalib (013-9343133) / Tn Hj Ramli Dollah (012-9657101)

Sunday, July 19, 2009

Kurikulum Semak semula bermula Tingkatan 4 ,2010

KURSUS ORIENTASI KURIKULUM SEMAK SEMULA PRINSIP PERAKAUNAN UNTUK JURULATIH UTAMA

July 17th, 2009 — Cg Narzuki

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menganjurkan kursus tersebut seperti berikut :

Tarikh : 14 hingga 16 Julai 2009
Tempat : Maytower Hotel & Serviced Residences, Kuala Lumpur.

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan tentang Sukatan Semak Semula Mata Pelajaran Prinsip Perakaunan SPM kepada semua Jurulatih Utama seluruh negara.

Untuk makluman semua guru, bahawa SP dan HSP Semak Semula tersebut akan berkuatkuasa mulai tahun 2010 (Pelajar Tingkatan 4). SP dan HSP yang rasmi (secara bercetak) akan dihantar ke sekolah2 pada akhir tahun 2009 nanti. Walau bagaimanapun, bahan2 tidak rasmi akan disampaikan / diedarkan terlebih dahulu kepada semua guru melalui Jurulatih Utama dan JPN negeri masing2 nanti.

Sebagai persediaan awal dan memastikan semua rakan guru memperolehinya, disini saya sediakan bahan2 tersebut untuk di muat turun :

1. Sukatan Pelajaran 2010
2. Huraian Sukatan Pelajaran 2010
3. Contoh Item Anchor SPM 2009 dan 2010.
4. Contoh Jawapan Item Anchor.


MAKLUMAN :
1. Terdapat sedikit perubahan/penambahbaikan daripada SP dan HSP yang telah diedarkan sebelum ini.
2. Buku Teks mengikut SP & HSP baru masih tidak dapat disiapkan pada tahun 2010. Oleh itu guru dan pelajar diminta menggunakan Buku Teks sediada terlebih dahulu. Satu MODUL akan dibekalkan ke sekolah2 nanti bagi menampung topik2 baru yang terlibat bagi memenuhi keperluan SP dan HSP Semak Semula tersebut.
3. Format Pentaksiran Prinsip Perakaunan yang akan digunapakai bagi calon SPM2011 nanti juga terdapat sedikit perubahan terutamanya bagi Kertas 2. Oleh itu Format Pertaksiran yang telah diedarkan sebelum ini dianggap terbatal. Dan Format Pentaksiran baru akan diedarkan kepada semua selepas ianya mendapat kelulusan daripada pihak2 tertentu.
4. Perisian AssetBase ver3 juga akan diedarkan ke sekolah2 yang telah menerima Perisian AssetBase ver2.

Sekian, harap maklum

Monday, June 15, 2009

Tarikh akhir hantar Markah UPP1 18 JUN

Makluman kepada semua guru Prinsip Perakaunan JPN Kelantan, tarikh akhir penghantaran markah Ujian Pengesanan 1 ialah selewat-lewatnya

18 Jun 2009

Semua markah bolehlah diemelkan kepada :

Pn Rani ( zaiiyie@yahoo.com)

Hj Ramli (ramdtv@gmail.com)

Sekian terima kasih

Thursday, May 7, 2009

Ujian Pengesanan Prinsip Perakaunan Mei 2009

Untuk makluman kepada semua guru Prinsip Perakaunan seluruh Negeri Kelantan, satu ujian Pengesanan setara akan diadakan pada;

Tarikh : 12 Mei 2009 (Selasa)


Semua soalan telah diedarkan dalam bentuk Softcopy(CD) kepada semua guru-guru Kanan Teknik dan Vokasional sekolah masing. Diharap semuanya maklum dan tidak ada yang tertinggal

Monday, April 20, 2009

Ujian Pengesanan Prinsip Perakaunan- Tajuk terlibat

Untuk makluman semua guru perakaunan JPN Kelantan, satu ujian pengesanan mata pelajaran Prinsip Perakaunan untuk Tingkatan 5(Calon SPM 2009) yang diselaraskan peringkat Negeri akan diadakan bersamaan dengan peperiksaan pertengahan tahun pada bulan Mei akan datang. Soalan-soalan untuk ujian tersebut akan diaedarkan kepada semua sekolah dalam masa terdekat ini oleh Unit Teknik dan Vokasional JPN Kelantan.

Berikut adalah tajuk-tajuk yang terlibat dalam Ujian Pengesanan tersebut :-

Tajuk Tingkatan 4

Semua topik terlibat

Tajuk Tingkatan 5

Akaun Kawalan
Pembetulan Kesilapan
Perakaunan Untuk Tunai
Perkongsian
Syarikat Berhad

Harap semua guru dan pelajar bersedia untuk Ujian Pengesanan Tersebut.

Sunday, March 22, 2009

Panduan dan Borang Permohonan Sijil LCCI

Kepada semua pelajar yang layak mendapat Sijil LCCI seperti mana yang tertera di slip keputusan anda, sila:-
i. Isi borang empat salinan sertakan
ii. 4 Salinan KP
iii. 4 Salinan Slip Keputusan SPM yang ada kod LCCI
iv. Wang pos RM25.00

Hantar borang tersebut melalui sekolah Masing-masing selewat-selewatnya 30 hari selepas keputusan
Pihak Sekolah perlu mengisi borang analisis dan hantar Ke PPD
Pihak PPD akan mengisi borang analisis PPD dan hantar ke JPN


Sila muat turun Panduan dan Borang : Borang LCCI

Program Peningkatan Prinsip Perakaunan JPN Kelantan 2009

Mesyuarat Perancangan Peningkatan MP Teknik dan Vokasional JPN telah merancang beberapa program peningkatan 2009 diantaranya:

1. Ujian Pegesanan (Mei)
2. Kem Gempur A (Julai)
3. Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru-Guru Perakaunan (Julai)

Makluman awal kepada semua guru...