Monday, April 20, 2009

Ujian Pengesanan Prinsip Perakaunan- Tajuk terlibat

Untuk makluman semua guru perakaunan JPN Kelantan, satu ujian pengesanan mata pelajaran Prinsip Perakaunan untuk Tingkatan 5(Calon SPM 2009) yang diselaraskan peringkat Negeri akan diadakan bersamaan dengan peperiksaan pertengahan tahun pada bulan Mei akan datang. Soalan-soalan untuk ujian tersebut akan diaedarkan kepada semua sekolah dalam masa terdekat ini oleh Unit Teknik dan Vokasional JPN Kelantan.

Berikut adalah tajuk-tajuk yang terlibat dalam Ujian Pengesanan tersebut :-

Tajuk Tingkatan 4

Semua topik terlibat

Tajuk Tingkatan 5

Akaun Kawalan
Pembetulan Kesilapan
Perakaunan Untuk Tunai
Perkongsian
Syarikat Berhad

Harap semua guru dan pelajar bersedia untuk Ujian Pengesanan Tersebut.