Friday, April 23, 2010

Kursus Penataran Prinsip Perakaunan 2010



Kursus Penataran Prinsip Perakaunan
Tempat : Dynasty Hotel Kuala Lumpur
Tarikh : 19 -21 April 2010


Kursus ini telah memberi pendedahan kepada Jurulatih Negeri berkenaan dengan perubahan terkini Format Pentaksir Mata pelajaran Prinsip Perakaunan mulai SPM 2011 yang melibatkan pelajar-pelajar di tingkatan 4 , 2010.

Kursus ini juga telah menjelaskan tentang Perlaksanaan Kertas 3 (3756/3) yang mula diperkenalkan bagi pelajar di tingkatan 4, 2010 dan akan dilaksanakan mulai bulan Ogos dan September akan datang
selama 8 minggu.

Diminta semua guru Perakaunan Negeri Kelantan, bersedia untuk menghadiri Mesyuarat Penataran Peringkat Negeri yang akan diadakan mengikut PPD masing-masing bersama dengan Ketua Pentaksir Kawasan yang dijangkakan akan bermula pada bulan mei 2010.

Wednesday, April 14, 2010

Unit Tek dan Vokasional JPN Kelantan bersama LCCI Jayakan Seminar Kecemerlangan Prinsip Perakaunan

Unit Teknik dan Vokasional (14 April 2010) - Seminar Kecemerlangan Prinsip Perakaunan telah dilaksanakan dengan jayanya selama 3 hari iaitu 12-14 h April 2010 mengikut Zon.

Seminar ini telah dianjurkan dengan Kerjasama LCCI, Institut Profesional Baitulmal dan Penerbitan Pelangi. Seminar ini telah mendedahkan kepada lebih 400 orang pelajar dan 100 orang guru-guru perakaunan tentang LCCI dan peluang pembelajaran di bidang perakaunan serta teknik menjawab peperiksaan SPM.

JPN Kelantan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak LCCI yang telah diwakili olen Pn Vicky Wong dan Pn Irena Mohd Arshad serta Institut Profesional Baitulmal diwakili oleh Pn Aidah yang telah sama-sama menjayakan seminar tersebut.

Pn Hjh Rani (KU) bergambar bersama Pegawai Unit Votek, Penceramah dan Jurulatih
Sebahagian pelajar yang mengikuti seminar di Zon C, SMK Pahi, Kuala Krai

Sebahagian guru yang mengikuti seminar

Muat Turun :
Taklimat LCCI-Pn Vicky wong 2010
Taklimat IP Baitulmal- Pn Aidah


Anjuran Bersama:





Sunday, April 11, 2010

SEMINAR KECEMERLANGAN MATA PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN NEGERI KELANTAN 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa, Unit Teknik dan Vokasional , JPN Kelantan dengan kerja sama LCCI akan mengadakan Seminar Kecemerlangan Prinsip Perakaunan Negeri Kelantan 2010 pada 12-14 April 2010 mengikut Zon yang telah ditetapkan

Zon A : 13/4/2010 (Sekolah: PPD Bachok, Pasir Puteh dan Kota Bharu)
Tempat : SMK Pengkalan Chepa 1, Kota Bharu

Zon B : 12/4/2010 (Sekolah PPD: Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah, Jeli)
Tempat : SMK Tiang Chandi Pasir Mas.

Zon C : 14/4/2010 (Sekolah PPD: Kuala Krai, Machang, Gua Musang)
Tempat : SMK Pahi , Kuala Krai.

Masa : 8.00 pagi -5.oo petang

Seorang guru dan 4 pelajar bagi setiap sekolah yang menawarkan Mata pelajar prinsip Perakaunan adalah di jemput hadir (pelajar yang dipilih adalah dari kumpulan sederhana)

8.00 pagi Pendaftaran
8.30 pagi Pengisian 1 : Tips menjawab soalan Dokumen
10.00pagi :Minum pagi
10.30 pg Ceramah oleh : LCCI
1.00 ptg : Rehat/Makan Tengahari/Solat
2.00 ptg : Bengkel : Soalan Dokumen
5.00 ptg : Bersurai