Monday, August 30, 2010

Bengkel Pemantapan Mata Pelajaran Prinsip Perakaunan PPD Bachok 2010


Bengkel ini dianjurkan oleh PPD Bachok, dalam usaha memantapkan lagi perlaksanaan kerja kursus Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 , yang baru diperkenalkan 2010.

Tuesday, August 3, 2010

Buku Panduan Kerja Kursus Prinsip Perakaunan

Untuk makluman semua guru bagi tujuan perlaksanaan Kerja Kursus Ogos-September 2010 guru-guru perlulah:-

  1. Mengedarkan Arahan Tugasan Kerja Projek Kepada semua Calon

  1. Memilih bahagian tertentu dalam buku panduan perlaksanaan kerja kursus untuk diedarkan kepada pelajar seperti Lampiran yang tertentu sahaja. Bukan semua kandungan dalam buku Panduan itu perlu dicetak untuk pelajar

  1. Memberi taklimat kepada pelajar tentang cara perlaksanaan termasuk juga kriteria permarkahan

Harap maklum kepada semua guru.


Peringatan dari Pn Hjh Rani bt Abdul Mutalib
KU Teknik dan Vokasional , JPN Kelantan

Muat turun

Format Lampiran 1,2,3 dalam MS Word
Format Buku Stok dalam MS Excel