Monday, November 3, 2008

Kursus Penataran Format Baru PA SPM 2009

Unit Kemanusiaan , Sektor Pembinaan Ujian Akademik, LPM telah menganjurkan kursus 2 hari (3-4 Nov 2008) untuk memberi pendedahan kepada guru-guru zon timur yang melibatkan negeri Kelantan, Terengganu, Pahang serta selangor, kursus yang diadakan di Hotel New Pacific KB, Kelantan, ini telah memberi penjelasan tentang format pentaksiran prinsip perakaunan mulai SPM 2009.

Antara perubahan yang ketara dalam SPM 2009 ialah penambahan Kertas 3 (Tugasan Projek) di mana para pelajar dikehendaki menyediakan satu kitaran perakaunan yang lengkap berbantukan ICT yang menyumbangkan 20 % markah dari keseluruhan markah.

Berikut adalah nota dalam kursus tersebut (klik untuk muat turun)

Taklimat Penataran
Format Pentaksiran

Ceramah telah di sampaikan oleh

En Mazelan b Zamidi
Pn Amnah bt Sahran

Monday, October 6, 2008

Soalan Percubaan 2008

Sila dapatkan soalan percubaan Prinsip Perakaunan 2008

Terima kasih kepada Cgu Narzuki dan Rakan-rakan yang menyediakan
koleksi soalan tersebut secara online untuk kemudahan semua.

klik untuk Muat turun soalan Trial 2008

sila rujuk ke Cg Narzuki online

Tuesday, August 12, 2008

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru-Guru Prinsip Perakaunan Negeri Kelantan 2008

Pada 13hb Ogos 2008, Seramai 60 orang guru Prinsip Perakaunan, telah menghadiri Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru-Guru Prinsip Perakaunan, bertempat di BTPN Kelantan

Kursus sehari ini adalah, diadakan bertujuan memberi penjelaskan kepada guru-guru tentang perubahan penataran Mata pelajaran Prinsip Perakaunan SPM 2008. Taklimat disampaikan oleh Pn Siti Amnah, Unit Kemanusiaan, Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Antara maklumat yang disampaikan

Objektif


  • 1. Menatarkan Standard pengukuran dan pengujian mata pelajaran prinsip perakaunan bagi tahun 2008 berdasarkan standard yang dipersetujui dan diluluskan oleh LPM,LCCI dan ACCA
  • 2. Memberikan pendedahan tentang skop dan bentuk item pengujian yang telah dipersetujui bagi projek pensijilan berganda 2008
  • 3. Menatarkan kaedah pemarkahan skill-based
Format

Tiada perubahan dalam format dan markah
Bahagian A (68 markah)
4 soalan wajib jawab
Bahagian B (12 markah)
2 soalan pilih satu

Perubahan


  • Soalan "Anchor" dalam insturmen
  • Pembahagian markah dalam soalan yang diberi
  • Gaya Penyoalan
Topik Terlibat


  • Akaun Perkongsian
  • Akaun Kelab dan Persatuan
  • Rekod Tak lengkap
  • Akaun Kawalan
  • Akaun Penamat

Level 2 Certificate in book- keeping & account summary grade related

Criteria

1. Advanced aspect of level 1 book-keeping

2. The preparation of final accounts for partnership *, limeted companies*, manufacturing* and non-trading organisations

3. The Prepartion of accounts for business that has not maintained proper accounting record

4. Control accounts

5. Correcting error in accounts

6. Stok valuation

7. Calculation and intrepretations

Thursday, May 1, 2008

Kursus Pembinaan Modul 2008

Seramai lebih 90 orang guru menghadiri kursus 2 hari untuk pembinaan modul prinsip perakaunan di BTPN Kelantan, yang telah dilaksanakan dengan jayanya..

BTPN Kelantan (29 -30 April 2008)


Guru-guru memberi kerjasama sepenuh nya dalam pembinaan modul, yang melibatkan semua tajuk prinsip perakaunan tingkatan 4 & 5.. modul tersebut boleh di muat turun di menu muat turun bahan guru..



Monday, April 28, 2008

Kursus Assetbase 2007

Foto Kenangan rakan-rakan guru-guru Prinsip Perakaunan berkursus 2007 yang lalu


BUKIT KELUANG BEACH RESORT
2 JULAI – 5 JULAI 2007















Wednesday, April 23, 2008

Kursus Prinsip Perakaunan

Kursus Pembinaan dan Pemantapan Modul Prinsip Perakaunan JPN Kelantan

Kursus tersebut akan diadakan sepertimana berikut:-

Tarikh : 29 - 30 April 2008
Masa : 8.00 - 4.30
Tempat : BTPN Kelantan, Pengkalan Chepa
Peserta : 90 orang guru

Surat panggilan kursus telah pun di edarkan, sila ambil perhatian kepada semua guru yang terlibat, dikehendaki hadir dan membawa bersama perkara berikut:

  • Buku Teks atau bahan rujukan
  • Komputer riba
  • Contoh soalan dan skema jawapan

Tujuan Kursus : Membina modul Prinsip Perakaunan untuk kegunaan dan rujukan semua
pelajar

Mukadimah

Sedari dulu lagi saya bercita-cita untuk mewujudkan satu portal bagi mata pelajaran Prinsip Perakaunan . Dengan adanya Blog ini di harapkan dapat menjadikan satu sumber atau wadah untuk guru-guru serta pelajar berkongsi idea dan maklumat ke arah meningkatkan kecemerlangan mata pelajaran Prinsip Perakaunan.
Di zaman IT yang serba pantas ini, semua pihak inginkan sesuatu maklumat dan bahan rujukan secara terus dan online, sehinggakan penghantaran surat dan buku-buku modul dan sebagainya dianggap lambat dan tidak bersesuaian lagi.
Melalui blog ini segala informasi dapat disebarkan terus dan boleh di capai oleh semua pihak dimana juga, bahan-bahan rujukkan dapat di muat turun dan terus boleh digunakan tanpa memerlukan proses pengagihan yang panjang seperti mana biasa.
Diharapkan semua, pihak akan memberi sokongan kepada blog ini dengan memberi sumbangan bahan-bahan dan maklumat yang boleh dikongsi bersama.
by : Blog master