Thursday, September 2, 2010

Jadual Pemantauan dan Instrumen Pentaksiran

Kepada semua Ketua Pentaksir Kawasan dan Pentaksir Kawasan mohon muat turun Jadual dan Instrumen Pemantauan yang telah dikemaskini dibawah

Jadual Pemantauan terkini

Instrumen Pentaksiran terkini

Perisian Kemasukan Markah (telah di Unzipkan)

Monday, August 30, 2010

Bengkel Pemantapan Mata Pelajaran Prinsip Perakaunan PPD Bachok 2010


Bengkel ini dianjurkan oleh PPD Bachok, dalam usaha memantapkan lagi perlaksanaan kerja kursus Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 , yang baru diperkenalkan 2010.

Tuesday, August 3, 2010

Buku Panduan Kerja Kursus Prinsip Perakaunan

Untuk makluman semua guru bagi tujuan perlaksanaan Kerja Kursus Ogos-September 2010 guru-guru perlulah:-

  1. Mengedarkan Arahan Tugasan Kerja Projek Kepada semua Calon

  1. Memilih bahagian tertentu dalam buku panduan perlaksanaan kerja kursus untuk diedarkan kepada pelajar seperti Lampiran yang tertentu sahaja. Bukan semua kandungan dalam buku Panduan itu perlu dicetak untuk pelajar

  1. Memberi taklimat kepada pelajar tentang cara perlaksanaan termasuk juga kriteria permarkahan

Harap maklum kepada semua guru.


Peringatan dari Pn Hjh Rani bt Abdul Mutalib
KU Teknik dan Vokasional , JPN Kelantan

Muat turun

Format Lampiran 1,2,3 dalam MS Word
Format Buku Stok dalam MS Excel

Saturday, July 31, 2010

Kerja Kursus Kertas 3 sila muat turun

Bahan untuk kerja kursus mohon semua guru-guru prinsip perakaunan tingkatan 4 muat turun arahan untuk kerja kursus yang perlu dilaksanakan Ogos dan september 2010

Klik untuk muat turun

Muat turun Perisian Kemasukan Markah tak perlu unzip

Monday, July 5, 2010

Mesyuarat Penataran Mata pelajaran Prinsip Perakaunan 5-7 Julai 2010

Sektor Pengurusan Peperiksaan JPN Kelantan telah mengaturkan 3 siri mesyuarat mengikut zon bagi memberi pendedahkan kepada semua guru Perakaunan Negeri Kelantan tentang Perubahan Format Pentaksiran MP Prinsip Perakaunan mulai SPM 2011 dan perlaksanaan Penilaian Berasaskan Sekolah 3756/3 (Kerja Kursus Kertas 3)

Tarikh Mesyuarat

5 Julai 2010 - Zon 1 (PPD Kota Bharu, PPD Bachok, PPD Pasir Puteh)
6 Julai 2010 - Zon 2 (PPD Pasir Mas, PPD Tumpat, PPD Tanah Merah, PPD Jeli)
7 Julai 2010 - Zon 3 (PPD Machang, PPD Kuala KRai, PPD Gua Musang)


Tuesday, May 11, 2010

Tajuk yang terlibat dalam PKBS 2 (Mei 2010)

TINGKATAN 4 (silibus baru)

Tajuk-tajuk awal sehingga ke Buku Tunai Runcit
* rujuk rancangan tahunan JPN


TINGKATAN 5 (silibus lama)

Semua topik Tingkatan 4

Topik tingkatan 5:-
1.0 Akaun Kawalan
2.0 Perkongsian
3.0 Syarikat Berhad

4.0 Rekod Tak lengkap

Friday, April 23, 2010

Kursus Penataran Prinsip Perakaunan 2010



Kursus Penataran Prinsip Perakaunan
Tempat : Dynasty Hotel Kuala Lumpur
Tarikh : 19 -21 April 2010


Kursus ini telah memberi pendedahan kepada Jurulatih Negeri berkenaan dengan perubahan terkini Format Pentaksir Mata pelajaran Prinsip Perakaunan mulai SPM 2011 yang melibatkan pelajar-pelajar di tingkatan 4 , 2010.

Kursus ini juga telah menjelaskan tentang Perlaksanaan Kertas 3 (3756/3) yang mula diperkenalkan bagi pelajar di tingkatan 4, 2010 dan akan dilaksanakan mulai bulan Ogos dan September akan datang
selama 8 minggu.

Diminta semua guru Perakaunan Negeri Kelantan, bersedia untuk menghadiri Mesyuarat Penataran Peringkat Negeri yang akan diadakan mengikut PPD masing-masing bersama dengan Ketua Pentaksir Kawasan yang dijangkakan akan bermula pada bulan mei 2010.

Wednesday, April 14, 2010

Unit Tek dan Vokasional JPN Kelantan bersama LCCI Jayakan Seminar Kecemerlangan Prinsip Perakaunan

Unit Teknik dan Vokasional (14 April 2010) - Seminar Kecemerlangan Prinsip Perakaunan telah dilaksanakan dengan jayanya selama 3 hari iaitu 12-14 h April 2010 mengikut Zon.

Seminar ini telah dianjurkan dengan Kerjasama LCCI, Institut Profesional Baitulmal dan Penerbitan Pelangi. Seminar ini telah mendedahkan kepada lebih 400 orang pelajar dan 100 orang guru-guru perakaunan tentang LCCI dan peluang pembelajaran di bidang perakaunan serta teknik menjawab peperiksaan SPM.

JPN Kelantan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak LCCI yang telah diwakili olen Pn Vicky Wong dan Pn Irena Mohd Arshad serta Institut Profesional Baitulmal diwakili oleh Pn Aidah yang telah sama-sama menjayakan seminar tersebut.

Pn Hjh Rani (KU) bergambar bersama Pegawai Unit Votek, Penceramah dan Jurulatih
Sebahagian pelajar yang mengikuti seminar di Zon C, SMK Pahi, Kuala Krai

Sebahagian guru yang mengikuti seminar

Muat Turun :
Taklimat LCCI-Pn Vicky wong 2010
Taklimat IP Baitulmal- Pn Aidah


Anjuran Bersama:





Sunday, April 11, 2010

SEMINAR KECEMERLANGAN MATA PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN NEGERI KELANTAN 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa, Unit Teknik dan Vokasional , JPN Kelantan dengan kerja sama LCCI akan mengadakan Seminar Kecemerlangan Prinsip Perakaunan Negeri Kelantan 2010 pada 12-14 April 2010 mengikut Zon yang telah ditetapkan

Zon A : 13/4/2010 (Sekolah: PPD Bachok, Pasir Puteh dan Kota Bharu)
Tempat : SMK Pengkalan Chepa 1, Kota Bharu

Zon B : 12/4/2010 (Sekolah PPD: Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah, Jeli)
Tempat : SMK Tiang Chandi Pasir Mas.

Zon C : 14/4/2010 (Sekolah PPD: Kuala Krai, Machang, Gua Musang)
Tempat : SMK Pahi , Kuala Krai.

Masa : 8.00 pagi -5.oo petang

Seorang guru dan 4 pelajar bagi setiap sekolah yang menawarkan Mata pelajar prinsip Perakaunan adalah di jemput hadir (pelajar yang dipilih adalah dari kumpulan sederhana)

8.00 pagi Pendaftaran
8.30 pagi Pengisian 1 : Tips menjawab soalan Dokumen
10.00pagi :Minum pagi
10.30 pg Ceramah oleh : LCCI
1.00 ptg : Rehat/Makan Tengahari/Solat
2.00 ptg : Bengkel : Soalan Dokumen
5.00 ptg : Bersurai

Wednesday, March 10, 2010

KEPUTUSAN SPM 2009 DIUMUMKAN 11 MAC 2010

KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2009 akan diumumkan pada 11 Mac ini.


Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dalam kenyataan semalam, berkata calon yang menduduki kedua-dua peperiksaan itu boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi hari berkenaan.

Katanya, calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos, yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

“Jumlah keseluruhan calon yang menduduki peperiksaan SPM 2009 ialah 465,853 orang. Sebanyak 3,569 pusat peperiksaan dengan 23,864 petugas peperiksaan disediakan untuk mengendalikan peperiksaan berkenaan,” katanya.

Sumber : Berita Harian Online 07/03/2010