Thursday, January 28, 2010

Seminar LCCI Percuma Untuk Guru-Guru Perakaunan

Untuk makluman semua guru Prinsip Perakaunan Negeri Kelantan, Pihak LCCI Malaysia akan menganjurkan Seminar Perakaunan LCCI secara percuma , sepertimana berikut:-

Tarikh : 6 Feb 2010 (Sabtu)
Masa : 9.00 - 12.30 pm (Sesi 1- Tahap 2 (Simpan Kira dan Akaun)
********2.00 - 5.30 pm (Tahap 3 - Perakaunan)
Tempat: Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Seminar ini akan disampaikan oleh Mr Peter Richards ,Chief Examiner for Accounting Qualifications, IDE,UK .


Sehubungan dengan itu semua guru dijemput hadir ke seminar tersebut bagi menambahkan ilmu pengetahuan tentang LCCI.
Perbelanjaan Perjalanan dan penginapan ditanggungan sendiri oleh guru-guru. Pihak JPN Kelantan tidak mempunyai Peruntukkan untuk menampung perjalanan guru-guru. Namun begitu Yuran pendaftaran adalah percuma.

Kepada semua guru yang berminat, sila muat turun surat dan borang penyertaan dibawah:-

Surat Jemputan dan Borang Penyertaan
Seminar LCCI 2010



Borang yang lengkap hendaklah di fax kan ke
03-76206338

Keterangan lanjut sila hubungi : Pn Hjh Rani Abdul Mutalib, Unit VoTek, JPN

Tuesday, January 12, 2010

BAHAN SUMBER PnP PRINSIP PERAKAUNAN 2010

BERITA TERKINI 12 JANUARI 2010

Modul (Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran) yang telah diperkatakan sebelum ini telah siap dan masih dalam proses cetakan.

Dijangkakan akan siap pada minggu ini atau hadapan. Buku ini akan diedarkan ke JPN untuk diedarkan ke sekolah-sekolah yang menawarkan mp ini.

Oleh kerana buku sumber ini diperlukan segera, maka Cg Narzuki Online akan bantu sebarluaskan kepada rakan guru sekalian.

MUAT TURUN : MODUL PRINSIP PERAKAUNAN 2010

Wednesday, January 6, 2010

Rancangan Pelajaran Tahunan 2010

Kepada semua guru Prinsip Perakaunan seluruh Negeri Kelantan, Unit Teknik dan Vokasional , JPN Kelantan telah menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan Prinsip Perakaunan tingkantan 5 dan tingkatan 4 yang diselaras Peringkat Negeri bagi kegunaan tahun 2010

Sehubungan dengan itu, RPT tersebut telah pun diemelkan kepada semua guru yang telah memberikan emel masing-masing . Kepada guru yang belum memberikan emel sila hantar ke
juakaunkel@gmail.com. atau hubungi Tn Hj Ramli Dollah.

Klik Untuk Muat turun

RP Tahunan Perakaunan Ting 4

RP Tahunan Perakaunan Ting 5