Tuesday, February 22, 2011

Mesyuarat Penataran PA Kertas 3 Zon timur 2011

Mesyuarat ini telah diadakan pada 21-23 Februari 2011, melibatkan lebih 100 orang guru dari 3 buah negeri, zon timur Kelantan, Terengganu dan Pahang

Kursus ini telah memberi pendedahan kepada guru-guru tentang perlaksanaan kertas 3, post mortem 2010 (permaslaahan dan penambahbaikan), pemarkahan kerja kursus, pendedahan kepada perisian pengisian markah


Monday, February 21, 2011

Soalan PKBS1 Mac 2011

Untuk makluman semua guru Perakaunan JPN Kelantan, soalan akan diedarkan melalui PPD masing dan sila dapatkan mulai 23 hb Februari ini..kecuali kecuali PPD GM dan PPD Jeli telah dipos terus kesekolah...Ujian perlu dijalankan pada minggu kedua, maklumat ini telah disampaikan kepada Guru Kanan Teknik dan Vokasional Sekolah masing-masing dalam mesyurat yang diadakan minggu lepas. Harap maklum

b/P : KU TV JPN

Sunday, February 20, 2011

Mesyuarat Penataran PA Kertas 3 2011

Lembaga Peperiksaan akan mengadakan mesyuarat tersebut seperti mana berikut

Tarikh : 21 - 23 Februari 2011

Tempat: Hotel Grand Continental Terengganu

Pendaftaran : 2.00 - 6.00 pm (21/2/2011)

Kepada semua guru yang telah menerima surat panggilan di kehendaki hadir .

Tuan puan juga diingatkan untuk membawa bersama-sama

- Laptop (Office versi 2003 keatas)
- Data Pelajar tingkatan 6 yang mempunyai markah kerja kursus dalm format MS Excel
- Logo skeolah dalam format 24 Bitmap image
- surat panggilan dan salinan akaun bank

Harap maklum..terima kasih...