Wednesday, April 23, 2008

Mukadimah

Sedari dulu lagi saya bercita-cita untuk mewujudkan satu portal bagi mata pelajaran Prinsip Perakaunan . Dengan adanya Blog ini di harapkan dapat menjadikan satu sumber atau wadah untuk guru-guru serta pelajar berkongsi idea dan maklumat ke arah meningkatkan kecemerlangan mata pelajaran Prinsip Perakaunan.
Di zaman IT yang serba pantas ini, semua pihak inginkan sesuatu maklumat dan bahan rujukan secara terus dan online, sehinggakan penghantaran surat dan buku-buku modul dan sebagainya dianggap lambat dan tidak bersesuaian lagi.
Melalui blog ini segala informasi dapat disebarkan terus dan boleh di capai oleh semua pihak dimana juga, bahan-bahan rujukkan dapat di muat turun dan terus boleh digunakan tanpa memerlukan proses pengagihan yang panjang seperti mana biasa.
Diharapkan semua, pihak akan memberi sokongan kepada blog ini dengan memberi sumbangan bahan-bahan dan maklumat yang boleh dikongsi bersama.
by : Blog master

No comments: